Ditengah putih selembar lukisan

Posted in karya asli alhaddads on Januari 19, 2009 by alhaddad

Apabila kau mula berpuisi tentang Gaza
Menyusun baris laungan dan runtuhan
Mengayam rangkap lelehan darah dan airmata
Menguis bait warna langit dan deru keganasan
Yang tinggal untuk ku cuma,
Titik titik ini …..
Ditengah putih selembar lukisan
Apakah harus ku gumpal campakanya
Atau harus ku palitkan warna agar ia menjadi satu nilai..
Kerana Gaza bukan yang pertama…

Mencari Tulus

Posted in karya asli alhaddads on April 25, 2008 by alhaddad

Info semasa

Posted in Info semasa on April 21, 2008 by alhaddad

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Kepada semua ahli-ahli di alhaddads group, kami dari pihak owner dan moderator mengalukan kepada semua agar dapat menyertai satu lagi web yang baru ditubuhkan oleh kami agar kita semua dapat menjalinkan jalinan ukwah antara kita semua….

Di web baru ini kita dapat

  1. BERHUBUNG ANTARA AHLI
  2. MENCIPTA BLOG
  3. BERFORUM
  4. CHAT
  5. KONGSI GAMBAR
  6. KONGSI VIDEO
  7. KONGSI LAGU
  8. JEMPUT KAWAN
  9. DAN BEBERAPA PERKARA LAIN LAGI..
KEPADA SEMUA AHLI SILA KLIK DI BAWAH UNTUK DAFTAR (Sing Up)

ps: Harap semua dapat join.

Kehidupan yang semakin kalut

Posted in karya asli alhaddads on April 20, 2008 by alhaddad

Dah terlalu lama rasanya kita berkongsi satu cerita, dalam ruang yang sempit ini untuk menarik nafas bersama, dari oksigen oksigen yang semakin pekat, melalui tiap saluran jantung bagai terlalu lambat, untuk memenuhi setiap rongga-rongga yang kosong, menghantar darah keseluruh anggota agar kita masih mampu untuk ketawa, berbisik cerita cerita dunia yang makin hanyir lekit dan bernanah, menari rentak sumbang di kelab-kelab dengan hidangan-hidangan syaitan, hanyut, dan terus hanyut dalam malam bagai kelawar kelawar bermata merah, lupa tuhan, lupa pencipta, lupa jalan untuk pulang, tersesat dan terus sesat..

Kita hias taman dengan jambangan-jambangan mawar hitam, dari kelopak yang kita saksi cantik dengan duri-duri yang berbisa tajam, yang mampu menguris tiap tangan yang cuba menyentuh durja, berbisa menusuk kesetiap darah yang mengalir lekit dengan sisa-sisa dunia, membunuh angota sedikit demi sedikit dalam diri masih lagi ketawa, meratah iman-iman nipis yang tertinggal di cawan-cawan kopi masjid, yang datang dalam termasya jemputan-jemputan keramaian, bertemu kawan berhibur di samping mencuci mata mencari teman suka, ketawa, lupa, alpa dalam gema doa iman mengaminkan keramaian, kerana jiwa hadir bersama teman-teman nafsu hancing bau kencing syaitan,

Arggg….!! Dunia hari ini sememanya terlalu kalut untuk kita berbicara, tentang nanah lumpur yang mencalit setiap anak bangsa yang semakin lupa, pada kitab, pada rasul pada agama dan budaya yang kita junjung bermaruah, memenuhi dada-dada akbar dengan cerita-cerita liar lagi mual tersangkut di halkum, lantas rasa malu tercalit pada diri sendiri berlumur arang dari dapur kayu moyang, Arggg…!! apalagi mahu bicara kalau dahi sendiri sukar bertemu sejadah menunai wajib, menadah doa di awal malam selepas sunat apalagi mahu berdoa dalam sujud tahajud, lantas apa lagi mahu dirungut kalau beras berganti gandum kalau segar berganti kering, kerana kita sendiri yang menentunya arah kita kembali, dalam menuai janji menunai bakti.

Click here to join Alhaddads
Click to join Alhaddads

Mari mendalami puisi

Posted in Mari mendalami puisi on April 18, 2008 by alhaddad

Keluhan perindu


Akhir ini

Dia tidak lagi disini

Menantiku dengan harum kasturi

Dengan kesucian kelopak melati

Mungkin dia telah pergi

Terpetik duniawi

Meninggalkan ku mati

Sendiri..


Akhir ini
Maksud ini jelas mengatakan waktu.

Dia tidak lagi disini

Maksud ini juga jelas mengatakan situasi


Menantiku dengan harum kasturi

Disini, menantiku dengan harum kasturi, Dads rasa ramai yang tak dapat tangkap maksud disebalik kata-kata nie. Untuk maksud “harum kasturisebagaimana layaknya harum atau bau kasturi ( dulu adalah wangian diraja dan persembahan untuk makluk ghaib seperti bunian) membawa maksud, bertapa wanita itu terlalu yang teramat sangat menyanjungi dan menhargai perhubungan yang terjaling antara mereka. Tanpa sebarang cacat cela dan
sedikit pun kekurangan.


Dengan kesucian kelopak melati

Disini juga, Dengan kesucian kelopak melati. ( bunga melati adalah hiasan sanggul dan mandian puteri raja juga berkait dengan alam ghaib dan juga di gunakan dalam perubatan untuk menaikan seri) Membawa maksud bertapa sucinya, berharganya dan teristimewanya wanita yang dimaksudkan.jadi cubalah bayangkan bertapa teristimewanya wanita itu pada perindu. Secara ringkas, wanita itu umpama puteri kayangan yang langsung tiada cacat cela walau hanya sekelumit hama sekalipun kekurangan pada perindu tak kira dari segi zahir atau batin. (wow… melampaunya)



Mungkin dia telah pergi

Walaupun ringkas ayat nie, tapi cukup untuk mengambarkan kekecewaan, dan maksudnya jelas.


Terpetik duniawi

Ramai yang suka ayat nie.. Sebab ramai yang faham. Terpetik membawa maksud “ terikut atau terpengaruh,dan untuk maksud duniawi adalah kehendak dunia yang penuh dengan pancaroba atau noda atau perkara-perkara yang tak elok yang menjerumuskan pada kesesatan, kealpaan dan sebagainya yang berkait.


Meninggalkan ku mati

Sendiri..

Siapa tahu maksud nie? Meninggalkan ku mati bermaksud bertapa hancurnya perasaan, harapan, dan impian yang teramat-amat. Penambahan perkataan sendiri pula adalah untuk menyokong dan menguatkan lagi maksud kehancuran tu, sehingga tiada sebarang kata lagi untuk mengambarkanya.

Habis bahagian huraian puisi.

Ok.. Dads buat ini adalah sebagai runjukan pada sesetengah penulis yang kini terlalu asyik mengarang puisi puisi panjang. Yang kadang dads rasa puisi itu adalah kosong, bayangkan.. hanya untuk menjelaskan sebiji epal yang masam memerlukan berbaris baris ayat. yang kadang buat kita muak atau langsung tak faham apa sebenarnya yang ingin di sampaikan. Dads ada komen beberapa puisi mengatakan watak utama tenggelam. Sebenarnya di sebabkan perkara seperti ini. tak salah untuk menulis panjang tapi biarlah watak watak yg di mainkan kekal hidup.

Dan lagi.. Kita sebagai pembaca.. Apabila menhayati puisi.. Berapa perenggan puisi yang kita hayati. Tapi kalau Dads yang membaca. Hanya 4 perenggan sahaja yang mampu dads hayati, dan selebihnya sekadar membaca. Melainkan kalau 4 perenggan yang dads baca tu mampu mengetar atau menarik hati dads untuk terus membaca baru dads mampu untuk menhayati perenggan seterusnya.. Tu pun paling banyak 2 perenggan sahaja, dan selebihnya hanyalah sekadar membaca atau menjeling.. tapi kalau puisi memang tak lari atau untuk babak seterusnya adalah penguat untuk watak utama ia memang sesuatu yang boleh di banggakan.

Ermm… Mengenai puisi pendek nie satu perkara lagi, Kalau yang lebih dari 3 baris tu dads ok lagi. Tapi yang 3 baris terkurang nie. Tak puas baca satu, Dan kadang dads tak dapat tangkap pun maksud puisi ini. Dan Dads juga tak dapat nak feel pun membaca. Kadang tu rasa nak je suruh dorang nie panjangkan puisi tu sekurangnya cukup untuk 1 perenggan, kalau betul puisi tu bermutu atau terlalu kretif. Tapi entahlah.. Sebab yang menulis nie dari golongan bijak pandai, mungkin Dads belum sampai ke tahap nie kot. dads tau memang puisi ini ada dalam senarai puisi. Tapi untuk post atau bacaan umum elok kita jelaskan apa isi puisi tu.

Ini satu lagi yang dads perhatikan ( sebenarnya dah terlupa, fai ingatkan) kepada penulis penulis yang over kretif, dengan karya-karya yang terlampau puitis, dengan pengunaan- pengunaan kosakata, watak-watak, tempat-tempat dan objeb atau simbol-simbol tertentu (metafora) dalam puisi. Kalau boleh buatlah satu penjelasan kat bawah puisi-puisi tu agar orang yang membaca boleh faham. sebab kita di kapasitor ada dari kepelbagaian peringkat fahaman, umur, kaum dan gred-gred( boleh ke masuk gred-gred nie). jadi bukan semua tahu dan boleh faham apa yang kita tulis kalau bukan kita sendiri yang menjelaskan perkara-perkara tersebut..


Nie nasihat untuk semua. Menulislah dengan hati, jiwa, roh dan akal.. Sebab ia mampu menhasilkan satu karya yang cukup istimewa. Jangan paksa diri apabila menulis. begitu juga dengan waktu. jangan letak sebarang waktu dalam menulis. biarlah penulisan itu sendiri yg menentukan waktu tu.. Kita akan mampu buat yang terbaik. Buang kata kata AKU TAK DAPAT BUAT, AKU TAK BOLEH BUAT, AKU TAK SEHEBAT SI POLAN SI POLAN NIE. Sebab perasaan macam nie hanya akan melemahkan karya penulisan. Tanamkan AKU MENULIS DENGAN APA YANG AKU RASA, DENGAN HATI DAN PERASAAN. Satu lagi, sila terima komen komen yang diberi dan jadikan ia panduan. Bukan saja saja mereka nie nak komen. Semua tu adalah ilmu yang harus kita ambil.

Ok laa… good luck.. dah panjang sangat berleter.



ps: Dads dah semak apa yang dads tulis nie, tapi kalau masih ada kesilapan dari segi ejaan atau penyampaian sila nyatakan dalam komen? ( dads orang ganu, sebot sipe sipe je, tu kadang ejaan byak silap)




Click here to join Alhaddads
Click to join Alhaddads

Happy Birthday

Posted in Happy Birthday on April 10, 2008 by alhaddad

myelina

hanya pada sekeping potret

aku menyaksikan

seraut wajah di sebalik rambut yang jatuh

mengurai.. disebalik tudung berwarna hitam

mulus.. cantik dan berseri

ada garis yang tidak terungkap, suci..

warisan kimono dan tanjak

happy birthday, berbahagialah…

Terasing

Posted in karya asli alhaddads, Terasing on April 7, 2008 by alhaddad

Terasing
Dalam daerah sendiri
Dalam dingin yang biasa
Dalam sejuk yang kalis
Menyelimuti perjalanan

Terasing
Hanya kerana terlupa
Mengucap serangkap ayat
Pada teman bicara
Pada teman yang menanti

Terasing
Dalam daerah sendiri
Di pulau teman teman
Yang hampa dan kecewa
Menanti pada tiap detik
Terhakis setia dan harapan

Terasing
Ku mohon beribu kemaafan
Pada teman teman yang menanti
Pada teman teman yang kecewa
Kerana hilangku tanpa bicara
Hilangku tanpa pesan
Menjejak kampung halaman

karya asli: alhaddads

Hilang jalan pulang

Posted in karya asli alhaddads on Mac 3, 2008 by alhaddad

Setelah ruang hari ku lalui
Menghintung tiap detik masa yang pergi
Aku bingun sendiri
Hilang dalam jalan yang ku bina
Dalam arah kompas yang mati

Embun [Balasan]

Posted in karya asli alhaddads on Februari 25, 2008 by alhaddad
Re: Puisi: Embun  <Syarifah Nor Azizah Syed Mohamed>
Embun pagi membasahi pipi
Menyedarkan daku dari terus dibuai mimpi nan indah bersamamu
si gadis Jepun pemikat hati
bagai rembulan di kamar sepi
tak puas daku diulit mimpi nan indah
tetiba sang fajar datang menganggu
membawa ku kembali kea lam REALITI….

Myelina Tashiro <myelina_tashiro@yahoo.com> wrote:
Citra cinta
apakah harum mawar
bersemadi di tamannya
aku embun yang hidup
di celah-celah damaimu
jelita dalam manja
senyum tawa tangis amarah
menghadiahkan peribadi
yang mengaromakan lagi
taman sendaloka
mahligai impian bersama

Ini citra cinta kita
abadi di manapun berada
ketika dekat walaupun jauh
tiada ada rasa terpisah
jejarimu menakluk kalbu
kalbuku menyimpan damai hatimu
ini citra cinta kita
satu di dalam maknanya
Tuhan Maha Tahu
di mana kamu di situ aku
di mana aku di situ kamu…

Myelina san 🙂

— In Alhaddads@yahoogrou

ps.com, Syed Badrul Hisyam Alhaddad <al_haddads@…> wrote:
>
> Bagai embun
> Bahagia yang datang
> Sekejap dan seketika cuma
> Belum puas aku tersenyum
> Belum puas aku ketawa
> Fajar telah pun menjemputnya pergi
>
> Bagai embun
> Cinta yang bertandang
> Saat aku leka di dalamnya
> Saat aku terbuai olehnya
> Saat aku merasa ketenangan
> Fajar itu telah menjemputnya pergi
>
> Bagai embun
> Itulah bahagia yang pernah ku kecapi
> Sekejap dan seketika cuma
> Namun membasahi setiap ruang hidup ku
>
> Bagai embun
> Itulah cinta yang pernah kulalui
> Saat aku leka didalamnya
> Hanyut dalam kesuciannya
> Menabur janji dan harapan untuk bersama
> Dia telah pergi mengadap ilahi
>
> Bagai embun
> Suci, dingin dan sejernih mutiara
> Hadir sepertiga malam
> Berlalu di saat fajar tiba..
>
>
> Pencinta penulisan
> Syed Badrul Hisyam Alhaddad
> https://alhaddads.wordpress.com
> join saya (klip sini)
Terima Kasih myelina dan Syazie. Saya tak akan lupakan.

Akhirnya

Posted in Akhirnya on Februari 25, 2008 by alhaddad

Telah ku berikan ruang
Walau sangat sempit
Dan karat bumbung nya
Untuk kau berteduh sementara
Menghilangkan lelah
Kepenatan bekerja
Setelah berjuang dalam masa harian mu

<>

Di ruangan itu
Cukup untuk kita berseloka
Belajar tentang kata-kata prasasti terindah
Yang menjadi jalan kita menjelmakan kata
Tanpa perlu menunjuk bentuk di sebalik rupa

<>

Di ruang yg hangat itu
Aku menyediakan gerbang² pintu untuk kau mencari
Aset² yang perlu kau ada..
Tunjang² yang menyokong kau menegak berdiri
Menghapuskan sisa jajahan yang menjadi bara
Dan titik keterbukaan dirimu untuk sesiapa selepas ini

<>

Di ruang terpencil itu
Aku yang menjadi dinding melihat kau tatih berdiri
Aku jadi bumbung lindungi mu semasa detik pencarian
Aku menjadi pintu lorong menunjuk aset perlumu
Aku menjadi air menghapuskan bara menyala merah
Dan di setakat itu sahaja yang mampu aku berada..
Kerna aku bukan siapa²…

<>

Dan
Sehingga semalam
Aku mencari mu di ruang seperti lazimnya
Ingin menemanimu mengira bintang² berseri
Yang telah kau temui di jarak pencarian ..

<>

Dan sehingga terbit fajar tadi
Ku menganggap ..
Ruang itu telah mati..
Tidak kan ada yg akan kembali
Kau telah temui ruangan baru
Di semilir pesada bintang berkilauan
Dan meninggalkan aku yg kelelahan…

– oney –
11:48
20 feb 08

Terima kasih Oney kerana sudi menulis untuk saya.  saya tak akan lupakan.

Ketika mentari menyapa

Posted in karya asli alhaddads, Ketika mentari menyapa on Februari 25, 2008 by alhaddad

Ketika mentari menyapa
ketika sinarnya menghangat jiwa
kita mengorak langkah beriring bersama
tersenyum di bawah suria

Ketika hembusan bayu menyejuk hati
Ketika kicauan burung mengiringi
aku mengukir senyum
menyahut hari ini
penuh rasa syukur dan yakin

Kau cukup membuatku
menjadi seorang yang bahagia
bahagia akan suratanmu
kerana aku pun semakin mengerti
apa yang kau rasa
kerana kita adalah sama
menyusuri satu rasa dalam dua jiwa.

Karya:
Syed Badrul Hisyam  &  Myelina Tashiro
22 Feb 2008

Semalam aku bermimpi

Posted in karya asli alhaddads, Semalam aku bermimpi on Februari 25, 2008 by alhaddad

Semalam aku bermimpi
Ku lihat ada  gerimis
Gerimis yang telah lama menitis
Ada lekuk pada lantainya

Aku terus melangkah lagi
Makin lama makin gelap
Makin tiada sinar dan cahaya
Meraba aku dalam kegelapan

Saat aku tergelincir jatuh
Aku mula nampak sinar
Jauh di sudut kelam
Lalu aku merangkak, bertatih dan berlari

Bila aku tiba
Sinar bertambah terang
Menyilau pandangan mata
Ku tutup mata dengan tangan

Pada tengah sudut
Ku dengar suara zikir
Bergema kuat penuh kusyuk
Kulihat cahaya bersujud

Ku perah segala keringat
Ku cari segala kekuatan
Ku kumpul sisa semangat
Mengharap jawapan pada persoalan

Aku dengar suara berkata
Wahai umat muhammad
Aku adalah iman dalam dirimu
Tapi aku terkurung jauh
Jauh dalam hatimu
Merentasi gerimis dan kelam hatimu
Jauh dalam kegelapan

Bawalah aku keluar
Agar seluruh jiwamu ini bercahaya
Agar gerimis itu berhenti
Semoga senyum lekat di bibirmu
Semoga seri pada wajahmu..

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Musafir

Posted in karya asli alhaddads, Musafir on Februari 24, 2008 by alhaddad

di satu ruang kehidupan
seorang tua camping berpakaian
entah berapa lama tidak berganti
hanya berteman tasbih tua

tidak pernah meminta kekayaan
tidak pernah bertanya nilai diri
tidak pernah persoal akan keadilan
pada maha tuhan yang mencipta

makan nye laju, minumnya pantas
lalu satu hari ada hamba allah bertanya
mana dirimu ingin pergi, apa sebenar yang kau cari
makan dan minum mu tak bersempat
dalam nada penuh kesedihan beliau menjawab
aku tak mahu masa yang aku ada dipersiakan
selain dari menyebut nama allah..
dan yang aku cari hanyalah keredhaan allah

Karya asli: alhaddad

My Mentor

Posted in My Mentor on Februari 24, 2008 by alhaddad

Cinta Hang Kasturi

Sebelum kau mati, Dayang Fina
perlu kau sedar dirimu berdosa sama
membakar nafsu jantan-jantan istana.
Kini jejak Jebat kejam menghukum
dia kesasauan amuk gagal
mentafsir keris dan tengkolok;
dirinya sukar mengerti mengapa
harus ada kesetiaan yang buta.

Sesudah kau mati, Dayang Fina,
kan segera kuhembus asap dupa
merenggut batin bangsa.
Dan jika aku masih di istana
kan sedarkan keruntuhan mereka
tipis bezanya antara
Jebat mengingkiri setia buta
dengan Tuah patuh membuta setia.

Akan kucuba syahdukan segala ini,
sebelum bangsaku dungu kembali.

Kuala Lumpur, 13 September 1987

***************************************************

Dua Ekar

Dua ekar tanah
sawah dan
ladang tak
tergubah.

Tepi pintu
sebelah rombong berwarna
bersimpuh ia, baju
koyak, panau di dada.

Di tanah dua ekar
tak aku sanggup bertanya.

****************************************************

Dalam Librari

Dalam librari
aku tersengguk.
Seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?

Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersenguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tidak kusua.

Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada.

*****************************************

Tiga Puisi antara ribuan Penulisan My Mentor. Tak perlulah saya knalkan siapa beliau. Saya pernah juga bercita cita untuk jadi macam beliau. tapi siapa la saya. Umpama pohon bakau yang menyaksi gunung.. okies nie je..

Aku hanya Pipit

Posted in Aku hanya Pipit, karya asli alhaddads on Februari 21, 2008 by alhaddad

aku
hanya pipit
yang hinggap pada padi
di sawah yang luas kekuningan
rumah pada sang lintah
medan permainan tikus sawah
tapak pemburuan sang ular

aku
hanya pipit
yang menumpang makan disawah
bersarang di pepohonan hijau
kecil dan terlalu lemah

tapi aku
musuh pada pesawah
mangsa pada sang ular
kicau ku bukan kerana gembira
tapi kicau ku
kerana mencari tega dalam diri

aku
hanya seekor pipit
yang ingin merentasi samudera,
melewati gunung-gunung
terbang tinggi di angkasa
merentasi angin dengan megahnya
menyaksikan alam dari celah celah awan

tapi… mungkinkah??

Pencinta penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Aku Dan Dia

Posted in Aku Dan Dia on Februari 21, 2008 by alhaddad

aku;
Makin cuba ku lari jauh
yang ku tinggal makin hampir padaku
esok bagai semalam
laluan hidupku tak pernah tenang
impianku…noktah hidupku
adalah angin-angin yang menyusur

dia;
Di hati ini…
ada secebis rindu yang selalu ingin kuberi padamu
entah hanya ilusi atau memang itulah adanya
walau jauh perbezaan yang tercipta di antara kita
tetap rindu ini ada pdmu
akan kutunggu
hingga cinta berkembang di hatimu
tetapi jika tidak,
aku sesungguhnya sangat bahagia
kerana cinta telah tumbuh di hatiku..

aku;
Bagai secangkir mawar di pusara
rajuk sedihmu sendiri
tapi kau tak pernah lupa berdoa
agar roh yang bersemadi damai dan tenang

dia;
Satukan rohmu dan rohku
bersanding di atas pelamin rasa…

Karya:
aku (Syed Badrul Hisyam) & dia (Myelina Tashiro)
20 Feb 2008

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Dian

Posted in Dian, Karya_asli Alhaddads on Februari 21, 2008 by alhaddad

Dian
Dalam sebuah bilik kecil
Meliut lentok cahayanya di sapa angin
Yang menelusi dinding-dinding kayu
Yang semakit reput menanti masa untuk rebah

Dian
Semakin malap cahayanya
Tidak lagi mampu menerangi bilik kecil yang gelap ini
Semakin lemas dan lemah di sapa angin,
Yang tak pernah jemu menguasai kegelapan

Dian
Lilin yang mebakar diri demi menerangi kegelapan
Tak pernah jemu menangani godaan dan sapaan angin
Selagi masih ada sisa dirinya
Walau hanya di sebuah bilik kecil yg akan roboh

Dian..

Embun

Posted in embun, karya asli alhaddads on Februari 19, 2008 by alhaddads

Bagai embun
Bahagia yang datang
Sekejap dan seketika cuma
Belum puas aku tersenyum
Belum puas aku ketawa
Fajar telah pun menjemputnya pergi

Bagai embun
Cinta yang bertandang
Saat aku leka di dalamnya
Saat aku terbuai olehnya
Saat aku merasa ketenangan
Fajar itu telah menjemputnya pergi

Bagai embun
Itulah bahagia yang pernah ku kecapi
Sekejap dan seketika cuma
Namun membasahi setiap ruang hidup ku

Bagai embun
Itulah cinta yang pernah kulalui
Saat aku leka didalamnya
Hanyut dalam kesuciannya
Menabur janji dan harapan untuk bersama
Dia telah pergi mengadap ilahi

Bagai  embun
Suci, dingin dan sejernih mutiara
Hadir sepertiga malam
Berlalu di saat fajar tiba..

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Bulan

Posted in Bulan, Karya_asli Alhaddads on Februari 17, 2008 by alhaddad

wahai bulan..
merajukah dirimu
tidak lagi hadir bersama malam
dan bintang bintang juga menyepi
mebiarkan angin malam begitu sejuk
dan alam begitu pekat

wahai bulan
dimanakah sinarmu
melenyapkan bintang bintang
ada ugas menanti
ada kelawar menunggu
untuk bersama mehiasi malam

wahai bulan
adakah angin sejuk ini utusanmu
mengatakan luah hati sedih
bicara cinta yang telah mati
pergi bersama awan semalam
memekik menangis sehinga fajar tiba

wahai bulan
pekatnya malam
sehingga hilang nyayian alam
yang tenang dan medamaikan
kerana bintang-bintang juga bersedih
hilang tidak bersinar

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Cinta

Posted in Cinta, Karya_asli Alhaddads on Februari 17, 2008 by alhaddad

Semalam.. sedang enak aku mehayati puisi
Menhayati pada tiap bait dan rangkapnya
Mencari maksud yang ingin disampaikan
Aku disapa seseorang, memintaku mengarang puisi cinta.
Yang terlalu liat untuk aku bicara, bagai ada akar yang mebelit tubuh

Cinta…

Cinta adalah satu rasa yang terlalu indah
Tiada lagi perasaan yang lebih indah dari cinta
Setiap orang akan sanggup berkorban untuk cinta
Sebagaimana  seorang  ibu menjagai  anaknya  sehingga ke hujung nyawa
Walau dalam apa keadaan pun anak itu, ibu tak pernah sanggup untuk lupa
Tak pernah putus asa, walau terpaksa menjual muka,
Dan kadangkala anak semakin leka, dan hati ibu terus terseksa
Dan anak terus terlupa, akan sayang, kasih dan cintanya ibu kepada dia..
Namun ibu tak penah lupa akan saat indahnye menunggu  kelahiran si anak

Cinta… adalah satu rasa yang terlalu asyik
Tiada lagi rasa yang lebih asyik dari cinta
Setiap orang akan terleka  dalam  cinta
Sebagaimana pasangan pasangan kekasih, yang terus hanyut dan terleka
Sehinga seribu janji ditabur, seribu harapan di pohon, agar dapat bersama ke akhir hayat
Lalu dua jiwa menjadi satu, walau masa sering cemburu. namun mereka terus hanyut
Dalam pelukan cinta. yang kadangkala penyudahnya terlalu pahit..  terlalu kelat untuk ditelan.
Namun mereka tak pernah lupa saat asyik percintaan itu..

Cinta…. adalah kebahagian dan ketenangan
Sebagaimana seoarang  wali mencintai tuhannya
Sehingga tiap apa yang di ucap adalah kata kerana tuhan
Sehingga tiap apa yang di geraknya adalah kerana tuhan
Walau  sekeping roti makananya, walau sehelai kain lapik tubuhnya
Namun di hati nya tetap tuhan,  cintanye yang teragung
Sedang orang lain bermohon bahagia, yang dia mohon untuk berada disisi tuhan
Sedang orang lain ingat akan mati, yang dia ingat hanya tuhan
Sesunguhnya zahir dan batinya hanyalah untuk tuhan
Sehingga tiada senipis kulit bawang nafsu di ruang hatinya,
Kerana telah di isi dengan keangunan cintanya pada tuhan
Dan dia tenang dan bahagia dalam cintanya kepada tuhan.
Ada lagikah cinta yang lebih agung selain dari cintanya pada tuhan?

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Paya

Posted in Karya_asli Alhaddads, Paya on Februari 17, 2008 by alhaddad

Suatu masa dulu
Di sini la aku selalu bermain
Memancing dan menjala
Sesekali menahan lukah keli
Dan aku tak pernah hampa  hasilnya

Tapi semalam aku kembali
Setelah lamanya aku lupa
Hanyut dalam belaian dunia
Bagai petir menyambar telinga
Bagai sungai berhenti mengalir
Terkejut hiba dan sedih
Hingga mulut terkunci bicara

Entah mana hilangnya
Air payau yang lekat
Yang selalu membasahi tubuhku
Tiada lagi buih-buih haruan,
Sambaran keli dan puyu

Yang tinggal cuma,
Akar bakau yang kering
Yang tinggal cuma,
Rekahan tanah tempat keli bersembunyi
Yang tinggal cuma,
Kenangan-kenangan masa lalu

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Paya [2]

Posted in Paya [2] on Februari 16, 2008 by alhaddad

semalam, ku utuskan puisi paya
tempat aku bermain, yang tak pernah mehampakan
tapi setelah lama kutinggal kan
paya itu kering, yang tinggal hanya kenangan..

ku tak tau berapa ramai yang mengerti
berapa  kerat yang faham
akan mesej yang ingin aku sampaikan..
izinkan aku bercerita,  kisah  paya  permainanku

paya,  engkau adalah ibu
aku, engkau adalah anak
dan ikan-ikan didalam  adalah  kasih  mu
air payau yang lekat…
itu  titisan peluh dan  keringat mu
yang saban waktu kau titiskan
tampa mengira lelah, tampa kau kenal jemu

tempat aku memancing dan menjala
tempat aku bermanja dan berlindung
sesekali aku menahan lukah keli
sesekali aku memberimu kejutan agar kau terhibur
dan aku tak pernah hampa hasilnya
sesunguhnya engkau tak pernah mengecewakanku
walau seperit mana pun perjalananmu.

tapi setelah aku dewasa, punya kehidupanku sendiri
berada jauh di perantauan, dalam mencari nafkah kehidupan
aku jarang pulang, jarang menjegukmu.. .
sehingga tiba khabar itu, khabar kau telah dijemput
dijemput mengadap ilahi. aku benar benar rasa kehilangan
bagai jantung berhenti berdenyut, bagai ingin mengiringimu
bagai tidak ingin untuk berpisah denganmu

jerit perihmu, pelukankan kasih mu
senyuman senyumanmu, kasih sayangmu
dan wajah gembiramu, apabila aku memberimu kejutan
segar dalam tiap nadi dan urat sarafku
setelah  kau pergi, meningalkan beribu kenangan padaku
ibu, aku amat mengangumi mu, aku amat sayang padamu
sesunguhnya tiada penganti bagi dirimu..

ps: semoga anda mehayati kembali puisi paya.

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 http://alhaddads. wordpress. com
join saya (klip sini)

rintihan kemajuan

Posted in rintihan kemajuan on Februari 13, 2008 by alhaddad

tangisan  suara anak kecil
mendayu dayu di tengah hiruk pikuk kota
lapar kah dia, takut kah dia, atau apa?
ramai mata memerhati, seimbas, seketika cuma,

di hujung sudut sana
ada garis kedut tua sedang duduk
hanya cebisan kain lusuh menutupinya
ramai mata memerhati, seimbas, seketika cuma.

di tangga batu kaki lima
ada yang sedang ketawa
sekumpulan remaja
bercampur jantinanya
bertepuk tampar
ramai mata memeharti, seolah dalam dengki
dalam cemburu, dalam kagum…..

entah mana hilangnya melayu
entah mana hilangnya adat
entah mana hilangnya pekerti
di tengah kemajuan, bumi tuhan

karya asli: alhaddad 

titisan hujan

Posted in titisan hujan on Februari 13, 2008 by alhaddad

seraut pilu dan sesal diwajahnya
yang entah bila akan hilang
entah esok, entah lusa, atau tak akan hilang
derita dan bencana apakah yang ditanggungnya

bintang tidak lagi hadir bersama bulan
apabila matahari berlabuh
dan malam mula meyapa
rindu sang pungut juga tiada
ungas tidak lagi nyayikan irama asyik
lagu alam yang penuh tenang

hati yang dulu sentiasa berbunga
indah bagai taman di istana
semakin pudar tidak berseri
yang tinggal hanya kelopak yang semakin layu
akan bertebangan bersama dedaun kering
menyairkan puisi puisi sedih

karya asli: alhaddad

pelayaran hidup

Posted in pelayaran hidup on Februari 13, 2008 by alhaddad

Sauh berlabuh di dada mudik
Yang ditinggalkan mengejar hebat
Esok atau lusa mungkin bertamu
Di tengah gentir keganasan gelombang

Beraksi helang dan camar di hujung layar
Angin dan badai bertiup tanpa mengenal arah
Dan gelora bagai jerung membahang mangsa
Rakus merobek sisa-sisa harapan
Untuk berlabuh pada dermaga impian
Lambaian duyung di sisir pantai

Hanyut harapan bersama badai
Ibarat bahtera tanpa nakhoda
Susur lautan tanpa petunjuk
Yang kian lelah dilambung ombak
Akhirnya karam ke dasar lautan
Mati dalam impian dan angan-angan

karya asli: alhaddad

Anak

Posted in Anak on Februari 6, 2008 by alhaddad

Anak..
Noktah hidup nie kematian
Apa dan siapa pun kita
Kerana hidup ini adalah sementara

Anak
Nyawa dan jasad ini tidak kekal
Akan tiba masa dijemput pulang
Kepangkuan dia

Anak
Niatkanlah dalam hatimu
Apa dan siapa pun kita
Kepada dialah kita beriman

Anak
Nabi dan alquran
Adalah petunjuk benar dari dia
Kalam dan tauladan yang harus kau ikuti

Anak
Nilai hidup ini
Adalah iman dan takwa
Ketenangan dan kebahagiaan ada disana

Syed Badrul Hisyam Alhaddad
<<<  Alhaddads Group  >>>
<<<    Alhaddad’s  blog  >>> 
sila klip untuk ke laman saya

Pertaruhan dua alam

Posted in Karya_asli Alhaddads, Pertaruhan dua alam on Februari 5, 2008 by alhaddad
malam ini bagai terhenti
purnama bagai tiada
titis embun bagai gerimis
dingin malam bagai tenkujuh
kepayahan dalam diri

entah dimana silapnya
entah di mana kurangnya
entah di mana hilangnya
teman ku tenang..
sahabatku damai..

ranjang bagai belukar duri
menyucuk seluruh saraf
luka tampa darah
pedih dan sakitnya dihati
berkecamuk menujah benak fikir

lena payah pulas berbekas
baring buas berselerak arah
bangkit lemah bertongkat empat
mandi keringat dalam tenkujuh
bak mimpi di baham buaya

balik la kau, pulang la kau
balik ke asal kau, pulang ke rumah kau
bertongkak merangkak sekali pun
aku tak hirau, aku tak kasihan
kau aku sama hamba tuhan
aku tak takut dan aku tak gentar
walau nyawa jadi taruhan
allahuakbar!!!!!

;;;;;;;;;::Alhaddad:::;;;;;;;
Bangun dari jatuh yang sakit
        :::myGroup:::      

Pencinta penulisan

Posted in Karya_asli Alhaddads, Pencinta penulisan on Februari 5, 2008 by alhaddad

Pencinta penulisanindahnya ungkapan bicara menerjah sukma kelam
tersusun rapi ditiap baik kata sehalus potongan permata
menyelongkar rahsia mutiara di dasar lautan
setiap rangkap bicara mengungkap beza intan dan kaca
mengumpul segala isi alam dalam satu karangan
menghurai isi lautan, menghurai isi gunung
dengan bicara indah seharum wangian syurga
membongkar rahsia ghaib dan nyata
dalam renung, pandang dan pengalaman
kau luah semua ilmu terpendam

langit, jangan kau hilang birumu
matahari, jangan kau hilang bahangmu
angin, jangan kau hilang sapamu
bayu, jangan kau hilang sejukmu
laut, jangan kau hilang gelora mu
penulis, jangan kau hilang pena bisa mu

kerana aku belum puas, dalam memburu isi hidup
belum puas merasai nikmat alam
belum puas membaca setiap madah pujangga
belum puas memburu ilmu penulisanmu
sesunguhnya aku belum puas
untuk menhayati keindahan ilmu alam
keindahan ilmu yang kau berikan

setiap hari aku bermusafir
dari satu email ke satu email..
dari satu group ke satu group
dari satu blog ke satu blog
dari satu web ke satu web
demi menhayati keindahan ilmu
demi mencari ilmu yang kau berikan
sehingga kadang aku lupa dan alpa
masa telah pun meninggalkanku

aku penat, aku lelah, aku tertinggal
dalam memburu kesukaan yang aku cintai
dalam bermusafir aku bermunajab
meharap jasa budi pada penulis
meharap jasa budi pada guru
meharap jasa budi pada semua
agar aku mampu berhenti dari terus bermusafir
tampa tertinggal sebarang kecintaanku….

bukan duit ringit yang ku pinta
bukan nama atau megah yang aku kejar
yang ku pinta karangan indahmu
yang kukejar ilmu penulisanmu
agar masa tidak lagi mencemburui aku
dalam bermusafir dalam copy n paste..
kerana karangan indah mu,
kerana ilmu penulisanmu,
adalah harta yang tak ternilai
untuk aku lepas sia..

hantarlah padaku, kirimkanlah padaku
karangan indahmu, ilmu penulisanmu
aku dahaga, aku haus
aku penat, aku lelah
dalam memburu kesukaan dan kecintaanku
hanya karangan indahmu yang aku pinta
hanya penulisan ilmumu yang aku harap
permudahkanlah pencarianku
semoga allah meberkati kita semua
ku panjat kesyukuran pada ilahi
dan pada dia la aku bersujud

kirimkanlah karya anda pada saya
hanya itu satu-satunya pinta saya

Syed Badrul Hisyam Alhaddad
<<< Alhaddads Group >>>
<<< Alhaddad’s blog >>>
sila klip untuk ke laman saya

Marah yang terlewat

Posted in Karya_asli Alhaddads, Marah yang terlewat on Februari 5, 2008 by alhaddad
Aku dapat rasakan marahmu
Sewaktu aku jauh memerhati
Bagai halilintar menyabung
Bagai guruh berdentum
Bagai kilat menyambar
Bagai rekahan bumi menelan kota

Aku dapat rasakan marahmu
Sewaktu aku berjalan menghampiri
Bagai taufan melanda rimba
Bagai puting beliung menerjah bumi
Bagai gunung salji menimbus lautan
Bagai tsunami menghempas daratan

Kini aku disisimu, memimpinmu duduk
Aku dapat rasakan sabar
Yang kau pendam sekian lama
Bagai kemarau membakar  kehijauan
Sehingga  tinggal  bumi kontang

Kini  aku  memelukmu,  meramas jemarimu
Aku dapat rasakan kecewa
Yang kau lalui sekian lama
Bagai banjir yang menghilangkan bukit
Sehingga daratan menjadi lautan

Kini aku bersemadi dalam dirimu
Aku dapat rasakan mahumu
Bagai embun menyentuh dedaun
Bagai malam berteman bulan
Bagai mentari senja kemerahan
Bagai taman di waktu petang

Kini kau tenang, aku mula bicara
‘ Ada cerita duka yang disimpan

Pada garis garis kulitmu
Ada cita yang diharapkan
Pada sinar sayu wajahmu’

Kau ku saksi bingung, aku bicara lagi
‘ Anak, bukan la seperti besi atau waja
Keras, kukuh, dan kuat
Tapi mudah di lentur apabila di panaskan
Anak umpama tumbuhan
Yang perlu di lentur dari hijau yang lembut
Sebelum dia kukuh berdiri’

Kini di wajahmu ada sesal, tergaris dalam kedut usiamu
Lalu aku bercerita lagi, dari kata sebuah puisi
Anakmu bukanlah anakmu.
Mereka putra-putri kehidupan yang rindu akan dirinya sendiri.
Mereka datang melalui engkau tapi bukan dari engkau,
Dan walau mereka ada bersamamu tapi mereka bukan kepunyaanmu.


Kini pelukan dan genggamanku berbalas
Hangat air matamu di bahuku, hiba
Lalu ku pimpinmu  pulang

Ke teratap sepiku, yang dah lama kelam

Dalam daerah asing, dengan kata akhir
Anak adalah amanah allah, yang harus dididik dan diasuh
Dari sehijau usia, berlandas kitab dan rasulnya
Bersama doa redha dan syukur…

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 https://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)


Kekecewaanku..

Posted in Karya_asli Alhaddads, Kekecewaanku.. on Februari 5, 2008 by alhaddad

kecewa..
kau sering menemaniku dikala aku ingin bahagia
di saat anak-anak lain ketawa bahagia
kau ragut bahagia kecil ku..
memisahkan hubungan abah dan umie ku..

kecewa..
kau tak pernah jemu menemaniku..
menjengukku di kala aku bahagia..
di saat aku hanyut dalam kasih sayang datukku..
kau merampas dia dari sisiku…
dengan alasan sakit..

kecewa…
kau datang lagi pada hari itu..
merampas segunung impianku..
arah dan masa depanku..
impian terakhir buatku…
meneruskan plajaranku ke menengah
dengan keputusan 3A 1B dan 1C
dengan alasan perpisahan abah dan umie

kecewa..
kau kejam..
merampas segala bahagia milikku..
tapi ketahuilah kau kecewa..
selagi pena dan kajang ini disisiku
aku tak akan berhenti menulis
berkarya dengan rasaku
berkarya dengan pengalamanku..
dan kau tak akan mampu merampasnya dariku..
kerana aku akan terus berkarya, tanpa alasan…

karya asli alhaddad

Cinta yang hilang

Posted in Cinta yang hilang, Karya_asli Alhaddads on Februari 5, 2008 by alhaddad
Ku cari cinta yang hilang
Di puncanya
dan di hujung nya
Namun yang ku temui… buntu…

Ku rawat parut semalam
Dengan balutan airmata
Pedih dan lirih
Hati ku terdampar di pantai siksa…

Ku singkap sejarah semalam
Pada bayang hitam yang kalut
Dengan hati berteman akal
Bersama cahaya redha…
Lalu ku alas dengan takwa…

Dalam selubung putih aku bersujud
Buntu ku temui jawapan
Siksa ku berganti tenang
Cinta ku kembali bertaut
Hatiku kembali berbunga
Dengan kalamnya aku berteman….

karya asli: Alhaddad

Ntahla

Posted in Karya_asli Alhaddads, Ntahla on Februari 5, 2008 by alhaddad
Andai hidup ini sentiasa ceria…
Lidah ini sentiasa bisa berbicara indah…
Di bibir ini sentiasa mengntum senyum…
Akan aku sunting mawar di taman larangan…
Miss you so much….

karya asli: Alhaddad

Kemalasan subuh

Posted in Karya_asli Alhaddads, Kemalasan subuh on Februari 5, 2008 by alhaddad
Subuh itu….
Sejuk dan dinginku hangat
Di dampingi seorang wanita bernama isteri
Di bibirku menguntum senyuman paling indah
Dengan gelagat anak kecil bernama anak
.
Subuh itu….
Terlalu indah, hanyut dalam impian mimpi
Impian harapan yang terputus di jalanan
Dalam gema doa bertali,setelah wajib dan sunatku
Dalam sejuk, dingin dan hangat alam
.
Subuh itu….
Celik ku payah,Bangkitku pulas
Lenaku enak,Terbuai mimpi indah
Sayang kutinggalkan beradu, sayang kutinggalkan mimpi
Ku gempal janji seorang hamba. Ku cari tulus dalam diri
Disaat laungan sayup azan kalimah terakhir

Subuh itu…
ku bangkit dengan kalimah
Astarfirullah..ha’adzim, Astarfirullah..ha’adzim
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Lailahailallah Muhammadarasulullah
Syukur Alhamdulillah
Hanya padamu aku berserah ya Allah

Demi teman

Posted in Demi teman, Karya_asli Alhaddads on Februari 5, 2008 by alhaddad
Demi seorang teman….
Kita cuba merawat hatinya, merawat kesunyiannya…
Demi seorang teman…
Kita cuba memberinya terbaik, membuang segala buruknya…
Demi seorang teman…
Kita cuba kongsi segala, pahit manis kehidupan..
Demi seorang teman…
Kita cuba untuk faham, ke lubuk hati paling dalam…
Demi seorang teman…
Kita kadang melepaskan diri kita, menjadi orang lain…
Tapi kadang kita lupa….
Kita bukan merawat hati dan kesunyiannya…
Tapi makin membuat hati dan kesunyian itu parah….
Tapi kadang kita lupa….
Kita bukan memberinya terbaik dan membuang buruknya…
Tapi kita memberinya keburukan dan menambahkan lagi keburukannya….
Tapi kadang kita lupa…
Kita bukan berkongsi pahit manis kehidupan
Tapi kita sedang membebaninye dengan masalah….
Tapi kadang kita lupa…
Kita bukan cuba untuk memahaminya..
Tapi sedang menyelongkar segala peribadinya…
Tapi kadang kita lupa….
Dengan melepaskan diri kita dan menjadi orang lain…
Kita sebenarnaya berbohong dalam ikatan…

Teman….
Mungkin ini lah aku.. tanpa aku sedar… melukaimu tanpa niat…
Teman …
Mungkin ini lah aku… tanpa aku sedar… memburukkanmu tanpa niat..
Teman…
Mungkin ini lah aku.. tanpa aku sedar… membebanimu tanpa niat
Teman…
Mungkin ini lah aku tanpa aku sedar… menyelongkar peribadimu tanpa niat.
Teman..
Mungkin ini lah aku… tanpa aku sedar… membohongimu tanpa niat….
Teman…
Hanya ribuan maaf yang mampu ku pohon.. dengan penuh segala kejujuran
Teman…
Hanya doa mampu ku hadiahkan, agar dibibirmu sentiasa menguntum senyum.
Maaf kan aku teman..

Karya asli : Alhaddad

Jatuh yang sakit

Posted in Jatuh yang sakit, Karya_asli Alhaddads on Februari 5, 2008 by alhaddad

Ku tawan hati luka..
Di saat jatuh yang sakit
Dengan segala payah yang getir
Dengan hirisan luka yang pedih
Ku cuba bangun dari jatuh yang sakit

Pandang kabur ke dada langit
Berdiri gigil di pasak bumi
Ku kepal sisa semangat
Berdoa harap kekuatan
Padamu yang tetap hidup yang kekal abadi…

Tanah… enkau la asas ku
Air.. engkau la perjalanan ku
Api.. engkau la semangat ku
Angin.. engkau la kekuatanku
Setelah bangun dari jatuh yang sakit

Setelah bangun dari jatuh yang sakit
Tak ingin lagi aku menoleh kebelakang
Menoleh pada kesakitan
Menoleh pada parut luka
Biar la semuanye luput dalam ingatan
Tenggelam di telan zaman
Dan aku tidak ingin lagi jatuh……

Karya asli Alhaddad

Untukmu teman…

Posted in Karya_asli Alhaddads, Untukmu teman… on Februari 5, 2008 by alhaddad
Hadir ku…
Bukan untuk menambah luka…
Hadir ku…
Bukan untuk mencuri hatimu…
Hadir ku…
Hanya sebagai teman…
Teman mu..
Yang menemani mu di kala sunyi..
Teman mu….
Yang menemani mu di kala luka..
Teman mu…
Yang menemani mu dikala sedih..

Teman mu..
Yang sedia mendengar keluh resah mu..
Teman mu..
Yang sedia mendengar jeritmu..
Teman mu…
Yang sedia setia disisi mu…

Teman mu…
Yang tidak pernah lupa memohon maaf…
Teman mu…
Yang tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaanmu..
Sesunguhnya hadir ku adalah sebagai temanmu….

Karya asli : Alhaddad

Arah pencarianku…

Posted in Arah pencarianku…, Karya_asli Alhaddads on Februari 5, 2008 by alhaddad
Aku…
Cuba ingin mecari damai
Di tanah yang tandus gersang
Aku…
Cuba ingin mencari tenang
Di air yang mengalir deras
Aku…
Cuba ingin mencari redha
Di api yang marak membakar
Aku…
Cuba ingin mencari kusyuk
Di angin yang bertiup kencang

Arah Pencarianku hanya satu
Mencari kebahagian
Dan ketenangan yang hakiki
Tapi…
Aku umpama terantai kaki dibumi
Dan tangan tergari di langit

Karya asli: Alhaddad

tunjuk.jpg

ps: klip pada gambar…