Kehidupan yang semakin kalut
Dah terlalu lama rasanya kita berkongsi satu cerita, dalam ruang yang sempit ini untuk menarik nafas bersama, dari oksigen oksigen yang semakin pekat, melalui tiap saluran jantung bagai terlalu lambat, untuk memenuhi setiap rongga-rongga yang kosong, menghantar darah keseluruh anggota agar kita masih mampu untuk ketawa, berbisik cerita cerita dunia yang makin hanyir lekit dan bernanah, menari rentak sumbang di kelab-kelab dengan hidangan-hidangan syaitan, hanyut, dan terus hanyut dalam malam bagai kelawar kelawar bermata merah, lupa tuhan, lupa pencipta, lupa jalan untuk pulang, tersesat dan terus sesat..
Kita hias taman dengan jambangan-jambangan mawar hitam, dari kelopak yang kita saksi cantik dengan duri-duri yang berbisa tajam, yang mampu menguris tiap tangan yang cuba menyentuh durja, berbisa menusuk kesetiap darah yang mengalir lekit dengan sisa-sisa dunia, membunuh angota sedikit demi sedikit dalam diri masih lagi ketawa, meratah iman-iman nipis yang tertinggal di cawan-cawan kopi masjid, yang datang dalam termasya jemputan-jemputan keramaian, bertemu kawan berhibur di samping mencuci mata mencari teman suka, ketawa, lupa, alpa dalam gema doa iman mengaminkan keramaian, kerana jiwa hadir bersama teman-teman nafsu hancing bau kencing syaitan,
Arggg….!! Dunia hari ini sememanya terlalu kalut untuk kita berbicara, tentang nanah lumpur yang mencalit setiap anak bangsa yang semakin lupa, pada kitab, pada rasul pada agama dan budaya yang kita junjung bermaruah, memenuhi dada-dada akbar dengan cerita-cerita liar lagi mual tersangkut di halkum, lantas rasa malu tercalit pada diri sendiri berlumur arang dari dapur kayu moyang, Arggg…!! apalagi mahu bicara kalau dahi sendiri sukar bertemu sejadah menunai wajib, menadah doa di awal malam selepas sunat apalagi mahu berdoa dalam sujud tahajud, lantas apa lagi mahu dirungut kalau beras berganti gandum kalau segar berganti kering, kerana kita sendiri yang menentunya arah kita kembali, dalam menuai janji menunai bakti.

April 20, 2008 pada 11:09 pm
Assalamualaikum..
trimas singgah di blog saya.
Manusia itu asal perkataannya nis-yan. Lupa. Lalu harus selalu ditazkirahkan. =)
April 20, 2008 pada 11:44 pm
ooo… ya ke?
saya kurang tau sikit sal tu..
tapi kita tetap sesempurna makluk
April 21, 2008 pada 5:32 pm
Dunia! manusia dan kehidupan……
Dunia ini nikmat bagi orang yang tahu tempat apa yang dikehendakinya dalam hidup, dan tahu menyibukkan diri bagi mengejar dan mendapatkannya. Dan juga laksana sebuah hutan, orang yang berada di dalamnya terasa tersesat, meski pun berbagai-bagai jalan digunakan.Dan manusia ada tiga macam, iaitu manusia yang berilmu, manusia yang belajar, manusia yang jahat, tidak mempunyai apa-apa kebaikan. Dan dunia ini merupakan pentas dan kita sebagai pelakonnya…..
emmm!!! maaf andainya tulisan ini tak menepati citarasa penulis…..
April 22, 2008 pada 6:13 am
Inilah dunia…
Semoga kita
Tak lupa dia..