Semalam aku bermimpi

Semalam aku bermimpi
Ku lihat ada  gerimis
Gerimis yang telah lama menitis
Ada lekuk pada lantainya

Aku terus melangkah lagi
Makin lama makin gelap
Makin tiada sinar dan cahaya
Meraba aku dalam kegelapan

Saat aku tergelincir jatuh
Aku mula nampak sinar
Jauh di sudut kelam
Lalu aku merangkak, bertatih dan berlari

Bila aku tiba
Sinar bertambah terang
Menyilau pandangan mata
Ku tutup mata dengan tangan

Pada tengah sudut
Ku dengar suara zikir
Bergema kuat penuh kusyuk
Kulihat cahaya bersujud

Ku perah segala keringat
Ku cari segala kekuatan
Ku kumpul sisa semangat
Mengharap jawapan pada persoalan

Aku dengar suara berkata
Wahai umat muhammad
Aku adalah iman dalam dirimu
Tapi aku terkurung jauh
Jauh dalam hatimu
Merentasi gerimis dan kelam hatimu
Jauh dalam kegelapan

Bawalah aku keluar
Agar seluruh jiwamu ini bercahaya
Agar gerimis itu berhenti
Semoga senyum lekat di bibirmu
Semoga seri pada wajahmu..

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 http://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

5 Respons kepada “Semalam aku bermimpi”

  1. "eS@RLi" Berkata:

    pUiTiS SuNgGUh pEnGgAyAaN bAhSe nYeR.. ChAiYoK ChAiYoK!! ;p

  2. erkkk… Tak puitis sangat la
    masih terlalu lemahh…
    terima kasih kerana memuji

  3. "eS@RLi" Berkata:

    SyAhDu SaJaK NiH.. HuHuu

  4. Bila ku hayati puisi mu….dapat ku jiwai,
    situasi begini sering bertandang
    pada semua insan
    cuma iman yang perlu bertahta di hati
    penentu segalanya

  5. aweks sopan—> terima kasih

    sha—-> begini la kita sebagai umat muhamad, yang sememang lahir bersama nur keimanan.

Leave a Reply