Ketika mentari menyapa
Ketika mentari menyapa
ketika sinarnya menghangat jiwa
kita mengorak langkah beriring bersama
tersenyum di bawah suria
Ketika hembusan bayu menyejuk hati
Ketika kicauan burung mengiringi
aku mengukir senyum
menyahut hari ini
penuh rasa syukur dan yakin
Kau cukup membuatku
menjadi seorang yang bahagia
bahagia akan suratanmu
kerana aku pun semakin mengerti
apa yang kau rasa
kerana kita adalah sama
menyusuri satu rasa dalam dua jiwa.
Karya:
Syed Badrul Hisyam & Myelina Tashiro
22 Feb 2008
April 21, 2008 pada 6:01 pm
Pengabadian dua jiwa
Yang disepadukan
Mengalir kearah yang sama
Menghela satu nafas
Menyedut udara yang sama
Memandang taburan bintang yang sama
Bersujud kearah yang sama
Itulah
Pengabadian dua jiwa senafas….
April 22, 2008 pada 6:10 am
Ya sha…
indahnya cinta
andai tiap kata
andai tiap janji
terpatri..