Embun [Balasan]

Re: Puisi: EmbunĀ  <Syarifah Nor Azizah Syed Mohamed>
Embun pagi membasahi pipi
Menyedarkan daku dari terus dibuai mimpi nan indah bersamamu
si gadis Jepun pemikat hati
bagai rembulan di kamar sepi
tak puas daku diulit mimpi nan indah
tetiba sang fajar datang menganggu
membawa ku kembali kea lam REALITI….

Myelina Tashiro <myelina_tashiro@yahoo.com> wrote:
Citra cinta
apakah harum mawar
bersemadi di tamannya
aku embun yang hidup
di celah-celah damaimu
jelita dalam manja
senyum tawa tangis amarah
menghadiahkan peribadi
yang mengaromakan lagi
taman sendaloka
mahligai impian bersama

Ini citra cinta kita
abadi di manapun berada
ketika dekat walaupun jauh
tiada ada rasa terpisah
jejarimu menakluk kalbu
kalbuku menyimpan damai hatimu
ini citra cinta kita
satu di dalam maknanya
Tuhan Maha Tahu
di mana kamu di situ aku
di mana aku di situ kamu…

Myelina san :)

— In Alhaddads@yahoogrou

ps.com, Syed Badrul Hisyam Alhaddad <al_haddads@…> wrote:
>
> Bagai embun
> Bahagia yang datang
> Sekejap dan seketika cuma
> Belum puas aku tersenyum
> Belum puas aku ketawa
> Fajar telah pun menjemputnya pergi
>
> Bagai embun
> Cinta yang bertandang
> Saat aku leka di dalamnya
> Saat aku terbuai olehnya
> Saat aku merasa ketenangan
> Fajar itu telah menjemputnya pergi
>
> Bagai embun
> Itulah bahagia yang pernah ku kecapi
> Sekejap dan seketika cuma
> Namun membasahi setiap ruang hidup ku
>
> Bagai embun
> Itulah cinta yang pernah kulalui
> Saat aku leka didalamnya
> Hanyut dalam kesuciannya
> Menabur janji dan harapan untuk bersama
> Dia telah pergi mengadap ilahi
>
> Bagai embun
> Suci, dingin dan sejernih mutiara
> Hadir sepertiga malam
> Berlalu di saat fajar tiba..
>
>
> Pencinta penulisan
> Syed Badrul Hisyam Alhaddad
> http://alhaddads.wordpress.com
> join saya (klip sini)
Terima Kasih myelina dan Syazie. Saya tak akan lupakan.

8 Respons to “Embun [Balasan]”

  1. nuriman Berkata:

    assalamualaikum…tumpang lalu…

  2. alhaddad Berkata:

    w,salam.. lalu- lalu…. siaht?

  3. no.sher.ta Berkata:

    en alhaddad..
    byk maksud puisi bagai embun tu..

  4. alhaddad Berkata:

    ye ke? faham faham je la.. terima kasih

  5. Amy Berkata:

    Hai …

    Tahniah di atas semua karya awak. Kali pertama saya masuk ke laman web blog awak…saya berasa sungguh teruja dengan karya seni awak. Semoga terus berjaya untuk menghasilkan karya yang terbaik.

  6. alhaddad Berkata:

    terima kasih amy.. kerana sudi membaca dan memberikan saya galakan untuk terus menulis.. terima kasih banyak banyak…

  7. kantoinsaf Berkata:

    bro…lama aku tak ‘terjah’ blog ko..heheheh.

    apa khabo bro..sihat..dah makan.

  8. alhaddad Berkata:

    alahai toi… macam bisa je…
    cuma sibuk sangat khie akhir nie…
    tu rrrr

Tinggalkan jawapan