Aku hanya Pipit

aku
hanya pipit
yang hinggap pada padi
di sawah yang luas kekuningan
rumah pada sang lintah
medan permainan tikus sawah
tapak pemburuan sang ular

aku
hanya pipit
yang menumpang makan disawah
bersarang di pepohonan hijau
kecil dan terlalu lemah

tapi aku
musuh pada pesawah
mangsa pada sang ular
kicau ku bukan kerana gembira
tapi kicau ku
kerana mencari tega dalam diri

aku
hanya seekor pipit
yang ingin merentasi samudera,
melewati gunung-gunung
terbang tinggi di angkasa
merentasi angin dengan megahnya
menyaksikan alam dari celah celah awan

tapi… mungkinkah??

Pencinta penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
http://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

Satu Respons kepada “Aku hanya Pipit”

  1. Aku,
    hanya rama-rama,
    yg suka hinggap di merata tempat.

    sekian,terima kasih. hehe.

    tapi tak pernah lupa pada kelopak bunga mekar
    melewati hari dengan bahagia

Leave a Reply