Embun

Bagai embun
Bahagia yang datang
Sekejap dan seketika cuma
Belum puas aku tersenyum
Belum puas aku ketawa
Fajar telah pun menjemputnya pergi

Bagai embun
Cinta yang bertandang
Saat aku leka di dalamnya
Saat aku terbuai olehnya
Saat aku merasa ketenangan
Fajar itu telah menjemputnya pergi

Bagai embun
Itulah bahagia yang pernah ku kecapi
Sekejap dan seketika cuma
Namun membasahi setiap ruang hidup ku

Bagai embun
Itulah cinta yang pernah kulalui
Saat aku leka didalamnya
Hanyut dalam kesuciannya
Menabur janji dan harapan untuk bersama
Dia telah pergi mengadap ilahi

Bagai  embun
Suci, dingin dan sejernih mutiara
Hadir sepertiga malam
Berlalu di saat fajar tiba..

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 http://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

3 Respons kepada “Embun”

  1. err.. ni seken time singgah tp taktau nk komen apa. maaf ye =D

    hahahhahah…. macam nie pun ada ke? its ok. terima kasih kerana sudi melawat.

  2. "eS@RLi" Berkata:

    DlM BaNyAk2 pOeM.. PoEM NeH Yg mUdAh eSaRlI BaCe n fAhAmI.. HiKssS.. gUd lUcK.. TeRuSkAn mEnUlIs..

    terima kasih aweks sopan.. teruskan membaca.. you have very nice blog..

  3. walau di seantario dunia tahu
    antara Embun dan Malam adalah sahabat terbaik..
    namun hari ini
    Malam kekontangan tanpa Embun menyiram
    pulanglah Embun..
    kembali lah ke bumi
    Malam menunggu..
    :D

    apa lah ada pada embun
    yang ingin dirindu dan di tunggu
    bukankah bayu sentiasa menemani

Leave a Reply