Cinta

Semalam.. sedang enak aku mehayati puisi
Menhayati pada tiap bait dan rangkapnya
Mencari maksud yang ingin disampaikan
Aku disapa seseorang, memintaku mengarang puisi cinta.
Yang terlalu liat untuk aku bicara, bagai ada akar yang mebelit tubuh

Cinta…

Cinta adalah satu rasa yang terlalu indah
Tiada lagi perasaan yang lebih indah dari cinta
Setiap orang akan sanggup berkorban untuk cinta
Sebagaimana  seorang  ibu menjagai  anaknya  sehingga ke hujung nyawa
Walau dalam apa keadaan pun anak itu, ibu tak pernah sanggup untuk lupa
Tak pernah putus asa, walau terpaksa menjual muka,
Dan kadangkala anak semakin leka, dan hati ibu terus terseksa
Dan anak terus terlupa, akan sayang, kasih dan cintanya ibu kepada dia..
Namun ibu tak penah lupa akan saat indahnye menunggu  kelahiran si anak

Cinta… adalah satu rasa yang terlalu asyik
Tiada lagi rasa yang lebih asyik dari cinta
Setiap orang akan terleka  dalam  cinta
Sebagaimana pasangan pasangan kekasih, yang terus hanyut dan terleka
Sehinga seribu janji ditabur, seribu harapan di pohon, agar dapat bersama ke akhir hayat
Lalu dua jiwa menjadi satu, walau masa sering cemburu. namun mereka terus hanyut
Dalam pelukan cinta. yang kadangkala penyudahnya terlalu pahit..  terlalu kelat untuk ditelan.
Namun mereka tak pernah lupa saat asyik percintaan itu..

Cinta…. adalah kebahagian dan ketenangan
Sebagaimana seoarang  wali mencintai tuhannya
Sehingga tiap apa yang di ucap adalah kata kerana tuhan
Sehingga tiap apa yang di geraknya adalah kerana tuhan
Walau  sekeping roti makananya, walau sehelai kain lapik tubuhnya
Namun di hati nya tetap tuhan,  cintanye yang teragung
Sedang orang lain bermohon bahagia, yang dia mohon untuk berada disisi tuhan
Sedang orang lain ingat akan mati, yang dia ingat hanya tuhan
Sesunguhnya zahir dan batinya hanyalah untuk tuhan
Sehingga tiada senipis kulit bawang nafsu di ruang hatinya,
Kerana telah di isi dengan keangunan cintanya pada tuhan
Dan dia tenang dan bahagia dalam cintanya kepada tuhan.
Ada lagikah cinta yang lebih agung selain dari cintanya pada tuhan?

Pencinta  penulisan
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
 http://alhaddads.wordpress.com
join saya (klip sini)

6 Respons kepada “Cinta”

  1. tadi ..
    ony dgr..cinta itu simbolik. orang yg tidak merasai cinta adalah org yg miskin dan serba tidak kena.. bagai tiada pengaruh terbesar.. dan nyawa dalam perjalanan merentas masa.. mana kala..orang yg telah mjumpai cinta..dia adalah orang yang sebenar-benar berjaya dan KAYA.

    nampak gayanye.. ony ni ..papa kedana la.. cian kan ..
    :(

    hidup ini misteri. sama seperti cinta,
    yang kadangkala kita tak sedar ia telah kita miliki
    sehinggalah ia pergi. baru kita sedar
    kerana pada masa itu kita akan terasa kehilangan
    kecewa, kesunyian dan kerinduan…

  2. "eS@RLi" Berkata:

    HuHuHuU.. nIcE pUiSi.. eRMm.. SaJaK KaN NeHH..?? hEhe..
    C.I.N.T.A
    aDa aPa dGn cInTa??

  3. awak tidak faham Alhaddadd..
    pintu itu tidak pernah terbuka
    dan kunci itu telah di telan masa..

    oney wish u..
    jumpa org yg awak cari ..
    dan jumpa dia yang dicintai..
    bahagiakan dia..
    seperti mana awak ukir di dada blog ini.
    :)

  4. crazyloveman Berkata:

    puitis sgt lah….
    best….

  5. CikguYem Berkata:

    tahniah… puisi yg menarik..

  6. terima kasih pada semua

Leave a Reply